Apakah Firefox Focus?

Firefox Focus Firefox Focus Terakhir dikemaskini: 08/05/2017 100% of users voted this helpful

Kandungan halaman ini menjelaskan beberapa ciri baru dalam Firefox Focus. Jika Firefox Focus anda nampak berbeza, jangan khuatir. Anda akan dapat versi yang baru tidak lama lagi.

Berada di Jerman, Austria atau Switzerland? Klar by Firefox ialah versi Firefox Focus dalam bahasa Jerman. Lihat I can't find Firefox Focus in Germany, Austria or Switzerland.

Bawa pelayaran peribadi ke peringkat seterusnya. Firefox Focus menyediakan pelayaran peribadi untuk anda dengan perlindungan penjejakan dan penyekat kandungan. Anda boleh menggunakan Firefox Focus sebagai pelayar tersendiri atau sebagai penyekat kandungan dalam Safari untuk peranti sentuh iPhone, iPad dan iPod yang disokong.

Pasang Firefox Focus

Firefox Focus boleh didapatkan dari App Store secara percuma. Apabila sudah siap dimuat turun, cari ikon dalam skrin utama anda.

focus icon

Gunakan Firefox Focus sebagai pelayar

Gunakan Firefox Focus sebagai pelayar khusus untuk privasi dan keselamatan anda. Firefox Focus menghapuskan sejarah pelayaran, kata laluan dan kuki secara automatik serta menghalang iklan yang tidak diingini daripada mengikuti anda.

  1. Bila-bila sahaja anda mahu rasai pengalaman-bebas-penjejak, gunakanlah Firefox Focus. Firefox Focus mudah untuk digunakan. Hanya masukkan carian atau alamat laman web di dalam medan:
    focus screen
  2. Untuk memaparkan halaman Firefox biasa atau berkongsi dengan aplikasi lain, tekan butang kongsi pada bahagian bawah skrin.
    focus share 3
  3. Buang semua maklumat sesi anda pada bila-bila masa dengan menekan butang Buang dalam medan carian.
    erase focus

Gunakan Firefox Focus dalam Safari

Nikmati perlindungan daripada penjejak iklan, sosial, kandungan atau analitik tanpa perlu keluar daripada Safari. Ikuti langlah berikut untuk membolehkan Firefox Focus untuk Safari:

Langkah satu: izinkan Safari untuk menggunakan penyekat kandungan (anda hanya perlu lakukan ini sekali sahaja):

  1. Tekan Settings dalam peranti iPhone atau iPad.
  2. Skrol ke bawah ke Safari dan tekan.
    safari
  3. Tekan Content Blockers.
    contentblockers
  4. Tekan suis di sebelah Firefox Focus untuk mengaktifkannya greenswitchfocus.
  5. Tutup 'Settings.

Langkah kedua: Dayakan Firefox Focus untuk Safari

  1. Buka Firefox Focus.
  2. Tekan ikon gear pada bahagian bucu kanan.
    focus settings cog
  3. Tekan suis di sebelah Safari untuk mengaktifkannya blue switch.
  4. Tutup Firefox Focus. Anda sudah boleh melayar menggunakan Safari!

Menyesuaikan tetapan Firefox Focus

Sesuaikan peringkat sekatan kandungan dan perlindungan penjejakan mengikut keinginan anda.

Enjin carian piawai: untuk menukar enjin carian piawai, lihat Menukar enjin carian piawai dalam Firefox Focus untuk iOS.
  1. Buka Firefox Focus.
  2. Tekan gear pada bahagian bucu atas kanan.
    focus settings cog
  3. Tekan suis di sebelah setiap ciri untuk diaktifkan atau dinyahaktifkan.
    focus 3 settings
    Hantar data penggunaan anonimus: Kami menggunakan data penggunaan umum untuk membantu kami mempertingkatkan Firefox Focus. Anda boleh menukarkan tetapan ini pada bila-bila masa.
  4. Tekan butang undur atau tutup Firefox Focus. Firefox Focus akan menyimpan tetapan anda secara automatik.

Bagaimana Firefox Focus berfungsi?

Privasi

Firefox Focus menyediakan privasi tambahan dengan membolehkan anda menyekat penjejak laman web yang diketahui mengikut kategori:

  • Penjejak iklan, analitik dan sosial
  • Penjejak kandungan lain – dalam kategori ini ialah sisipan video, persembahan slaid foto dan artikel berita yang boleh menjejaki anda. Menyekat penjejak kandungan lain boleh menyebabkan sesetengah laman tidak dapat berfungsi dengan sempurna.
Untuk Perlindungan Penjejakan, Firefox Focus menggunakan senarai yang disediakan oleh Disconnect untuk mengenal pasti dan menyekat penjejak. Anda boleh baca lebih lanjut perihal penjejakan dan piawaian yang digunakan oleh Disconnect untuk menghasilkan senarai ini di sini.

Prestasi

Firefox Focus berfungsi dengan menyekat beberapa bahagian halaman web daripada dimuatkan. Semakin kurang data yang dimuat turun oleh Firefox Focus, halaman web selalunya dapat dimuatkan dengan lebih pantas. Data penggunaan mudah alih anda turut menjadi sedikit.

  • Fon Web - fon yang dimuat turun daripada pelayan (boleh memperlahankan muat turun halaman). Fon Web ialah rupa taip yang digunakan untuk menggayakan teks dalam sesetengah halaman web. Menyekat fon Web akan mengubah penampilan teks dalam halaman yang menggunakan fon Web, tapi semua teks masih dipaparkan dengan jelas.

Keperluan

Firefox Focus boleh didapatkan di iTunes store bagi peranti yang disokong. Sekatan kandungan hanya boleh digunakan dalam peranti 64-bit, iOS 9 dan ke atas termasuk:

  • iPhone 5s dan ke atas
  • iPad Air dan ke atas
  • iPad mini 2 dan ke atas
  • iPod touch Generasi 6

Kenapa produk Apple yang lebih lama tidak disokong?

Content Blockers (termasuk Firefox Focus) hanya terdapat dalam peranti dengan pemproses A7 (64-bit) atau lebih baru. Hanya pemproses 64-bit mampu melaksanakan muatan tambahan penyekat kandungan, yang menjanjikan pretasi optimum. Sebagai contoh, oleh kerana iPad 3 menggunakan pemproses A5, maka Firefox Focus jadi tidak serasi.

Artikel ini bermanfaat?

Sila tunggu...

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More