Cache ialah storan sementara imej, skrip, dan beberapa bahagian lain laman web yang disimpan oleh Firefox supaya anda boleh melayarinya dengan lebih pantas. Anda boleh menghapuskan cache berkenaan dengan mengikuti langkah yang dijelaskan dalam artikel ini.
- Untuk menghapuskan sejarah (iaitu, kuki, sejarah pelayaran, cache, dsb.) secara sekali gus, lihat Mengosongkan Sejarah Terkini.
Jadual Kandungan
Buang cache
- Klik butang menu dan tekan . .
- Pilih panel .
- Klik tab Rangkaian.
- Dalam bahagian Cache Kandungan Web, klik
- Tutup halaman about:preferences. Setiap perubahan akan disimpan secara automatik.
Buang cache secara automatik
Anda boleh tetapkan Firefox supaya secara automatik akan menghapuskan cache apabila ditutup:
- Klik butang menu dan tekan . .
- Pilih panel .
- Dalam bahagian Sejarah, tetapkan Firefox akan: ke Gunakan tetapan penyesuaian untuk sejarah.
- Pilih kotak Buang sejarah apabila Firefox ditutup.
- Selain Buang sejarah apabila Firefox ditutup, klik butang . Tetingkap untuk Menghapuskan Sejarah akan dibuka.
- Dalam tetingkap ini, tandakan disebelah Cache.
- Untuk maklumat tetapan pilihanpreferences lain, lihat Mengosongkan Sejarah Terkini.
- Klik untuk menutup tetingkap Tetapan Menghapuskan Sejarah.
- Tutup halaman about:preferences. Setiap perubahan akan disimpan secara automatik.
Panduan: Ada beberapa add-ons yang membolehkan anda menghapuskan cache dengan menggunakan ikon di dalam bar alatan. Layari Halaman Web Add-ons Mozilla untuk mengetahuinya.