Gunakan Skrin Utama untuk mencari web, tandabuku dan lain-lain

Firefox for Android Firefox for Android Dicipta: 100% of users voted this helpful

Skrin Utama Firefox untuk Android memaparkan Laman Teratas, tandabuku dan sejarah pelayaran, di samping boleh membuat carian dalam web – semuanya dari dalam satu tempat. Ketahui selanjutnya perihal ciri Skrin Utama dan cara menyesuaikannya mengikut keiinginan anda.

Fungsi Skrin Utama

Skrin Utama terdiri daripada panel Laman Teratas (laman yang paling kerap dilayari), Tandabuku dan Sejarah (laman yang telah anda layari).

Mengakses Laman Teratas

Buka sahaja Firefox untuk mendapatkan laman yang paling kerap anda layari di hujung jari anda. Senarai laman ini berubah mengikut tabiat pelayaran anda.

Top Sites 26

Jika anda mahu sesuatu laman terus dipaparkan di sini, anda boleh pin laman berkenaan.

  • Tekan lama-lama pada laman tersebut dan kemudian pilih Pin Laman. Anda akan nampak pin-tekan kecil di sebelah nama laman tersebut.
    Pinned site 26
Tidak mahu Laman Teratas di sini? Anda boleh papar tandabuku, Senarai Bacaan atau sejarah. Lihat Menyusun semula, sorok atau menetapkan panel piawai untuk keterangan lanjut.

Carian dalam web, tandabuku atau sejarah pelayaran dalam satu tempat

Inilah alasan kepada nama Skrin Utama, anda boleh cari apa sahaja dari dalam satu tempat.

  • Tekan bar alamat atau buka tab baru dan mulakan menaip. Anda akan lihat laman yang ditandabuku atau sudah layari bersama-sama hasil carian anda. Hanya perlu tekan sahaja laman yang anda mahu.
    Awesome search 26

Sudah tentu anda juga boleh skrol sahaja tandabuku atau sejarah.

  • Hanya pilih Sejarah atau Tandabuku dalam skrin Laman Teratas atau tab baru.
    Awesome browse 26

Ada boleh cari apa sahaja dari dalam satu tempat (tandabuku, sejarah, tab terbuka dan enjin carian) dari dalam satu tempat.

Tekan bar alamat atau buka tab baru dan mulakan menaip. Firefox akan memaparkan senarai:

  • Cadangan carian oleh enjin carian piawai.
    search suggestions 41
  • Tandabuku yang sepadan dengan carian anda (akan muncul dengan ikon bintang di sebelahnya).
    bookmark search android
  • Halaman daripada sejarah pelayaran yang sepadan dengan carian anda.
    history results android 41
  • Tab terbuka yang sepadan dengan carian anda (cari label tukar ke tab)
    Android switch to tab jelly bean 480 wide
  • Anda boleh pilih enjin carian pada bahagian bawah skrin.
    quick search android

Hanya tekan sahaja pilihan yang anda mahu!

  • Sekarang anda boleh buat tetapan Carian dari dalam bar alamat. Hanya tekan bar alamat, diikuti dengan ikon kanta di dalam bar carian.
    quick search settings
Panduan: Anda boleh akses tandabuku dan sejarah komputer desktop dari peranti Android dengan Menetapkan Firefox Sync.

Menyesuaikan fungsi Skrin Utama

Menetapkan halaman utama Firefox untuk Android

Available in newer versions of Firefox for Android

Untuk menetapkan halaman utama Firefox, lihat Menetapkan halaman utama Firefox untuk Android

Menyusun semula, sorok atau menetapkan panel piawai

Sekarang anda boleh pilih panel yang mahu anda lihat dahulu apabila membuka Firefox. Anda juga boleh susun semula panel, dan sorok panel yang anda tidak gunakan.

  1. Tekan butang Menu (samada pada bahagian bawah skrin dalam sesetengah peranti atau pada bahagian bucu atas kanan pelayar), kemudian Tetapan (anda mungkin perlu tekan Lanjutan dahulu).
    android setting
  2. Tekan Penyesuaian, dan kemudian Halaman utama.
  3. Dalam menu Halaman utama, tekan panel: Sejarah, Laman Teratas, Tandabuku, atau Senarai Bacaan untuk melihat pilihan berikut:
    • Tetapkan sebagai piawai: Pilih Tetapkan sebagai piawai jika anda mahu panel ini dipaparkan sebaik sahaja anda buka Firefox untuk Android.
    • Sorok atau Papar: Tekan Sorok jika anda tidak mahu panel ini dipaparkan. Jika panel ini sudah disorok, anda boleh pilih Papar untuk memaparkannya.
    • Tukar tertib: Tekan Tukar Tertib, kemudian samada Alih ke atas atau Alih ke bawah untuk menyusun semula panel dalam skrin utama. Panel berkenaan akan muncul dalam skrin utama mengikut tertib dalam menu ini.

Mengaktifkan cadangan carian

Aktifkan cadangan carian untuk memaparkan cadangan Google mengikut perkataan carian anda.

  1. Tekan butang Menu (samada pada bahagian bawah skrin dalam sesetengah peranti atau pada bahagian bucu atas kanan pelayar).
  2. Tekan Tetapan (anda mungkin perlu tekan Lanjutan dahulu).
  3. Tekan Penyesuaian, diikuti dengan Carian.
  4. Akhir sekali, tandakan pilihan Papar cadangan carian.

Mengaktifkan sejarah carian

Aktifkan cadangan carian sejarah:

  1. Tekan butang Menu (samada pada bahagian bawah skrin dalam sesetengah peranti atau pada bahagian bucu atas kanan pelayar).
  2. Tekan Tetapan (anda mungkin perlu tekan Lanjutan dahulu).
  3. Tekan Penyesuaian, diikuti dengan Carian.
  4. Akhir sekali, tandakan pilihan Papar sejarah carian

Tambah enjin carian dan pilih sebagai piawai

Mahu menambah hasil carian YouTube atau menggunakan DuckDuckGo? Tiada masalah.

  1. Pergi ke laman enjin carian yang anda mahu gunakan (sebagai contoh, youtube.com).
  2. Tekan lama-lama dalam kotak carian dan pilih Tambah Enjin Carian.
Carian dalam laman web tertentu: Ada beberapa laman web yang menyediakan enjin carian mereka sendiri. Ikuti langkah yang sama di atas untuk menambahkannya ke Firefox, dan anda boleh cari laman tertentu terus dari bar carian.

Menukar enjin carian piawai

  1. Tekan butang Menu (samada pada bahagian bawah skrin dalam sesetengah peranti atau pada bahagian bucu atas kanan pelayar), kemudian tekan Tetapan (anda mungkin perlu tekan Lanjutan dahulu), diikuti Penyesuaian, dan Carian.
  2. Tekan enjin carian yang anda mahu jadikan sebagai piawai dan pilih Tetapkan sebagai piawai.

Memaparkan URL di dalam bar alamat, bukan nama laman web

    1. Tekan butang Menu (samada pada bahagian bawah skrin dalam sesetengah peranti atau pada bahagian bucu atas kanan pelayar), kemudian tekan Tetapan (anda mungkin perlu tekan Lanjutan dahulu), diikuti Paparan. Kemudian tekan tetapan Bar Tajuk dan pilih Papar alamat halaman.

Artikel ini bermanfaat?

Sila tunggu...

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More