Kandungan artikel ini menjelaskan cara memuat turun dan memasang Firefox dalam Mac.
- Jika anda mengemaskini versi Firefox yang terdahulu, lihat Kemaskini Firefox ke versi terkini.
Pasang Firefox dalam Mac
- Layari halaman muat turun Firefox menggunakan pelayar lain (sebagai contoh, Apple Safari). Pelayar akan mengesan platform dan bahasa dalam komputer anda secara automatik, dan mengesyorkan versi Firefox yang terbaik untuk anda.
- Nota: Jika anda mahu pilih bahasa pemasangan Firefox, sila layari halaman muat turun Sistem & Bahasa.
- Klik butang hijau untuk memuat turun Firefox.
- Apabila siap dimuat turun, fail (Firefox.dmg) akan terbuka sendiri dan memaparkan tetingkap Finder yang mengandungi aplikasi Firefox. Seret ikon Firefox ke atas folder Applications supaya disalin di dalamnya.
- Nota: Jika anda tidak dapat melihat tetingkap ini, klik fail Firefox.dmg untuk membukanya.
- Selepas meletakkan Firefox ke dalam folder Applications, tekan kekunci control sambil mengklik di dalam tetingkap dan pilih di dalam menu.
- Anda boleh letakkan Firefox di dalam dok supaya mudah diakses. Hanya buka folder Applications dan seret Firefox ke dalam dok.
- Firefox sudah bersedia untuk digunakan. Hanya klik ikon di dalam dok untuk melancarkannya.
Memulakan Firefox pada pertama kali
Apabila memulakan Firefox, anda akan menerima amaran bahawa anda memuat turun Firefox daripada Internet. Oleh kerana Firefox dimuat turun daripada sumber rasmi, anda boleh klik
Firefox masih belum menjadi pelayar piawai dan anda akan diingatkan akan hal ini. Ini bermakna jika anda buka pautan daripada aplikasi e-mel, pintasan Internet, atau dokumen HTML, pautan tersebut tidak akan dibuka dalam Firefox. Jika anda mahu Firefox yang membukanya, klik