Gunakan pelayaran peribadi dalam Firefox untuk Android untuk melayari halaman web tanpa menyimpan sejarah, kata laluan atau laman kegemaran anda.
Apa yang tidak disimpan oleh Pelayaran Peribadi?
- Laman yang dilawati
- Entri Borang dan Carian
- Kata laluan
- Muat turun (fail yang dimuat turun masih disimpan dalam peranti anda, tapi tidak muncul dalam sejarah muat turun Firefox)
- Kuki
- Fail Internet sementara (fail cache)
Dapatkan pengalaman sebenar pengalaman pelayaran peribadi dengan Firefox untuk Android. Gunakan tab peribadi untuk melayari laman web tanpa dikesan atau dijejaki.
Pelayaran Peribadi akan:
- Menyekat sejarah, kata laluan dan entri daripada disimpan
- Menghentikan borang auto-isi dan medan carian
- Menyekat kuki
- Menyekat fail Internet sementara
- Menyekat elemen penjejakan pihak ketiga dalam halaman web yang anda lawati. (Panduan: Anda boleh mengaktifkannya pada bila-bila masa. Lihat Perlindungan Penjejakan dalam Firefox untuk Android)
Jadual Kandungan
Buka Tab Peribadi
- Buka tab peribadi yang kosong: Tekan butang pada bahagian bawah skrin untuk sesetengah peranti atau pada bahagian bucu kanan atas pelayar) , kemudian tekan . (samada
- Buka pautan dalam tab peribadi: Tekan lama-lama pautan untuk menyerlahkan menu dan pilih .
Papar tab peribadi terbuka
Tekan ikon tab pada bahagian atas skrin, kemudian tekan ikon topeng untuk melihat laman yang sudah anda buka dalam Pelayaran Peribadi.
Untuk menutup tab, tekan
di sebelah tab yang anda mahu tutup. Anda juga boleh tutup semua tab yang terbuka dengan menekan butang menu, kemudian .