Jika anda ada berbilang log masuk ke laman web dan kata laluan tersebut disimpan oleh Firefox, anda boleh salin kata laluan itu ke klipbod supaya anda boleh tampal ke tempat lain.
Ini cara untuk melakukannya:
- Tekan ikon kunci dalam bar alamat untuk menyerlahkan tetingkap dengan maklumat laman anda itu.
- Pada bahagian bawah tetingkap, tekan untuk menyalin kata laluan bagi nama pengguna yang dipaparkan.
- Jika anda ada berbilang log masuk ke laman itu, tekan Pilih log masuk lain untuk menyalin kata laluan yang lain.
- Pilih nama pengguna dalam senarai. Mesej pengesahan akan muncul apabila kata laluan anda telah disalin.