Dalam versi tertentu Windows 10, anda mungkin menerima pemberitahuan sewaktu menjalani pemasangan Firefox dengan amaran aplikasi disahkan oleh Microsoft.
Mesej ini dipaparkan kerana Firefox tiada dalam kedai Microsoft. Sebarang salinan Firefox dimuat turun dari www.mozilla.org adalah selamat untuk pasang, jadi pilih "Install anyway"
Jika anda tidak nampak pilihan “Install anyway”, ikuti langkah seperti di bawah untuk menukar tetapan sistem anda.
- Buka menu Windows 10 permulaan dan pilih Settings.
- Klik Apps dalam tetapan menu.
- Di bawah seksyen Choose where to get apps, klik pada menu juntai bawah dan pilih salah satu pilihan yang membenarkan anda memasang dari Anywhere.